CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket
I LUV COW'S BANNER. Pictures, Images and Photos
Cow And Field Banner V1.0 Pictures, Images and Photos
Showing posts with label :::lawak:::. Show all posts
Showing posts with label :::lawak:::. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

lawak wat2x hilang ngantok ..=)

KISAH 1:Chot Kencing

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik air. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri…Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. “Dah… dia buat dah perangai lama… Awat hang kencin dlm peti ais…???

KISAH 2: Kisah Cacing

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.
“Ibu, manusia itu apa…?” Tanyanya
“Hisssh…. kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik.” Kata ibunya.

KISAH 3:Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,”Lembik…macam taik.”Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,”Bau macam taik.”
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”

KISAH 4:Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu.
“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.
“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi.
“Tidak..”, jawab wanita itu.
“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati
“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? ” getusnya.

KISAH 5: PENJAGA LANDASAN KERETAPI

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.
“Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri.
“Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,”jawab Sarjo.
“Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?”tanya Pak Basri lagi.
“Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”.
“Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?”.
“Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat.”
“Kalau telefonnya sedang digunakan?”
“Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?”
“Kalau telefon awam rosak?”
“Saya akan pulang menjemput nenek saya.”
“Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri kehairanan.
“Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar.”
hahahahahahaha…




suka-suki: mlm nie aq sungguh kebosanan..really miss my fwenz kt MRSM...adakah dyowg rindu kt ditiku ini juga...ermmmmmmm =(

Monday, August 2, 2010

surat cinta moden

Kekasih,
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau KesatriaBaja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?






suka-suki: lau kowg la dpt surat cmne..kowg nk jwb pew??hehehehehe

Monday, April 26, 2010

::cerita cinta imah razak::

Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yang lelaki tu nama Razak, yang pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil Fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat malaysia.

Bila dah pisah lama jugak.. kendian Imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg jumpa Imah. mula2 Imah dgn Kamarul ni kawan je, Kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macam mana, hati Imah ni dah terpaut lak kat Kamarul nih... maka hilang la bayang2 Razak drpd hati Imah..

Setelah genap 3 tahun.. Razak pun pulang ke Malaysia. Beria2 le mamat nih nak jumpa Imah. belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga Razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. Imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu Kamarul tu laki org. Imah pun frust..cuba nak kembali kepada Razak. Masa tu dia lom tau lagi Razak ni dah balik Malaysia.

Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. dia gi le rumah Imah. muka Razak masam je.. Imah tanya le apasal masam. Razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata Imah razak berkata... tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn Kamarul ..." Imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja ..." tambah Razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu...seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..." Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror

I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

"Suara Razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

Razak ulangi phrase yg sama....Imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk imah itu... tiba2 mulut Imah berkata ... " abang, Imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai Imah" jawap Razak dengan suara perlahan... " err... err..." kata Imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah Imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...perlahan2.. Imah berkata:

"Abang..."
"Sebenarnya... Imah tak paham bahasa Inggeris..."


suke suki: tibe2x terigat la kt ex-bf ..huhu..dy suke nyayi kn tokaq setiap mlm.. huhu..kadg2x..aq tido jerk n nyayi la dy sowg2x dgn semgtnyer..hehehe..lau ingt2x klakr lak..huhu..sku

.::dilema seorang doktor::.




"doktor yg konfius"..huhuhu....




Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”


suke suki: mase kecik dulu, cita-cita sayer adalah menjdi dotor.huhu...haha..ada hati n aq nie..ne xnye nk jd doktor tp dlm kels BIO tdo je..hehe..tp xpe lah....skunk aq bakal menjadi seorang guru math yg berjaya..hehe..wish me luck k..hehe..(^o^)..